Tiga Rakan Konstabel Mati Tertembak Direman

By Zalinah Noordin
Spread the love
0

SIBU, MEI 7: Tiga anggota polis telah ditahan reman bagi membantu siasatan berhubung insiden tertembak pistol yang menyebabkan kematian Konstabel Norhalim Tumiran.

Ketiga-tiga mereka berusia antara 21 hingga 27 tahun dihadapkan ke Mahkamah Majistret pada Jumaat, sebelum perintah reman dikeluarkan oleh Majistret Mohd Syukri Mokhtar.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, SAC Lukas Aket, jenazah Norhalim akan dihantar pulang ke kampung halamannya di Pahang secepat mungkin.

“Kita jangka jasad ini akan dihantar selewat-lewatnya pada Rabu ini, bergantung kepada kesediaan pesawat komersial. Kalau boleh kita cuba juga untuk dapatkan pesawat supaya jenazah dapat dihantar lebih awal ke kampung halaman.”

Ketiga-tiga suspek direman tujuh hari berkuat kuasa 7 Mei 2021 sehingga 14 Mei 2021 bagi membantu siasatan.

Tambah Lukas, mereka tidak mempunyai rekod tindakan tatatertib sebelum ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Log In

Forgot password?

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.