Satu lagi ambulans alami kemalangan

Spread the love

KUCHING: Satu lagi kemalangan melibatkan ambulans berlaku di Jalan Rock di sini apabila ia bertembung dengan sebuah kenderaan MPV.

Ini merupakan kejadian kedua melibatkan ambulans dalam tempoh seminggu selepas insiden ambulans terbalik di Jalan Song pada 30 April lalu.

Kejadian yang berlaku pada awal pagi Jumaat itu juga menyebablan kesesakan lalu lintas yang agak teruk.

Ambulans terbabit dikatakan dalam perjalanan menuju ke Hospital Umum Sarawak selepas mengambil seorang pesakit yang disyaki dijangkiti COVID-19.

Kemalangan dilaporkan berlaku apabiola MPV yang dipandu oleh seorang wanita itu hilang kawalan sebelum ia terbabas ke laluan bertentangan dan merempuh ambulans.

Akibat kemalangan itu, seorang jururawat yang menaik ambulans mengalami kecederaan.

Pasukan bomba telah dikerahkan ke lokasi kemalangan untuk memberi bantuan awal kepada mangsa cedera.

Tags: #bm

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.