Peserta Indonesia Berjaya Tewaskan Malaysia dan Filipina Dalam Sebuah Rancangan Realiti, TVSTARZ!

Spread the love

Andrey Arifianto, penyanyi berdarah Jawa yang berasal dari Atambua, Nusa Tenggara Timur, kini meluaskan sayapnya ke Malaysia dengan menyertai sebuah rancangan realiti terbitan anak Sarawak, iaitu TVSTARZ!

Datangnya hanya sebagai seorang ‘challenger’, beliau berjaya menjadi salah satu peserta Dream Team dengan menyingkirkan tiga orang peserta sebelumnya.

Andrey juga meminati penyanyi tersohor tanah air, Dato’ Siti Nurhaliza, dan telah meraih jutaan penonton dengan hanya memuat naik cover lagu di laman YouTube nya sendiri.

Pada minggu ketujuh TVSTARZ, para peserta telah diberi lagu-lagu Raja Pop Dunia, Michael Jackson, untuk dipersembahkan, dan Andrey telah membawakan lagu Black or White yang pernah menjadi kontroversi suatu ketika dahulu.
Sejujurnya saya tidak pernah membawakan lagu-lagu seperti ini dimana-mana acara pun.. kerana saya lebih cenderung pada alunan musik yang bertempo-kan slow..” kata Andrey.

Namun, itu tidak menjatuhkan semangat Andrey, malah beliau merasa tercabar untuk membawakan lagu tersebut.

“Tapi saya merasa tercabar untuk membawakan lagu ini. Disebabkan kita berada dalam pertandingan, kita perlu memberikan semaksimum yang boleh dan diluar daripada kebiasaannya”

Beliau telah berjaya dinobatkan sebagai juara pada episod kali ini, dan ianya telah membakar semangat beliau untuk membuat yang terbaik pada minggu akan datang.

“Persaingan setiap minggu semakin ketat. Saya inginkan persembahan yang berbeza setiap minggu. Kreativiti sangat diperlukan untuk menyokong persembahan. Bukan hanya vokal, tapi semuanya termasuklah susunan musik, konsep video, pakaian persembahan, semua perlu difikirkan. Sebagai bintang, kita harus membawakan sesuatu kelainan daripada yang lain.”

Saksikan video reaksi oleh pengacara TVS, Fattah Bolhanuddin terhadap persembahan Andrey pada konsert TVSTARZ tempoh hari.


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.