Peserta Indonesia Menganyang Peserta Malaysia dan Filipina Di Konsert TVSTARZ Minggu Ke-7!

By Dayang Sorfina
Spread the love
+5

Peserta TVSTARZ yang berasal dari Indonesia berjaya menewaskan peserta-peserta dari Malaysia dan Filipina! Bertemakan lagu-lagu Raja Pop Dunia, Michael Jackson, pada konsert TVSTARZ pada minggu ini, Andrey telah menyanyikan lagu yang pernah mengundang kontroversi pada suatu ketika dahulu iaitu ‘Black or White’. 

Para juri tampak begitu seronok sepanjang persembahan Andrey semalam.

“Tidak ada alasan, walaupun secara online, sebenarnya hiburan itu boleh kita rasa jika ikhlas disampaikan.” Ujar Ernie yang turut memuji sebutan Andrey yang lancar dan jelas didengar. Amir Jahari tidak terkecuali daripada memberi kata-kata pujian kepada Andrey. Bagi Amir, Andrey memang betul-betul seorang bintang dan pemenang TVSTARZ pada minggu ini. 

Persembahan Andrey kali ini telah mendapat 242 markah keseluruhan daripada para juri.  

Turut mendapat perhatian pada minggu ini ialah Jazper dengan lagunya, ‘The Way You Make Me Feel’. Gaya nyanyian serta pembawaan lagu yang tersendiri menampakkan kualiti persis artis internasional kata Yudhi Seriestha. Juri tetap Amir Jahari pula merasakan persembahan Jazper menghiburkan tetapi terasa kurang ‘groove’.

Challenger dari Filipina, Angel, yang telah membuat kemunculan pada konsert lepas telah mendayukan para penonton dengan lagu ‘Music & Me’. Suaranya yang merdu dan lunak telah menyentuh hati Yudhi Seriestha pada kali ini dan masih menduduki di tempat keempat dengan 219 markah. 

Kejatuhan Jalee daripada tempat pertama telah menyebabkan dia jatuh tersungkur ke tempat yang terakhir pada minggu ini. Namun begitu, keputusan Nia untuk menarik diri daripada TVSTARZ atas sebab kekangan masa dan komitmen telah menyelamatkan Jalee daripada penyingkiran. 

Nampak gayanya peserta Dream Team dari Malaysia sedang berada di zon bahaya. Mampukah mereka mempertahankan kedudukan mereka daripada dirampas Challenger dari luar negara?

Saksikan kesudahannya dan tonton secara langsung konsert TVSTARZ setiap Selasa, jam 8.30 malam di Saluran 122 Astro dan myFreeview. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Log In

Forgot password?

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.