Salah Guna Kuasa, Penjawat Awam Tidak Mengaku Bersalah

By Eekbal Yusof
Spread the love
+1

KUCHING: Seorang penjawat awam mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuching atas enam pertuduhan salah guna kuasa babitkan wang bernilai RM91,300 antara Januari hingga Mac 2017.

Bagi keenam-enam pertuduhan, tertuduh didakwa menggunakan kedudukannya sebagai Pengerusi Persatuan Kakitangan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (PERJASA) dengan mengarahkan pekerjanya untuk mengeluarkan cek milik PERJASA secara berperingkat, untuk kegunaannya sendiri.

Tertuduh turut mengaku tidak bersalah atas enam pertuduhan pilihan iaitu menyalahgunakan wang tunai milik PERJASA, untuk kegunaan peribadi.

Pertuduhan utama dikemukakan mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 manakala pertuduhan pilihan dibuat mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan.

Sebaik pengakuan direkodkan, hakim Steve Ritikos membenarkan tertuduh diikat jamin mahkamah RM10,000 dengan dua orang penjamin tempatan untuk kesemua pertuduhan serta menetapkan 25 Mei depan untuk sebutan semula kes.

Kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Nur Nisla Abd Latif manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Sementara itu, dalam kes berasingan, seorang lelaki yang bekerja sendiri dijatuhi hukuman penjara sebulan kerana menawarkan suapan RM1,150 kepada seorang pegawai imigresen pada November tahun lalu.

Tertuduh mengaku bersalah sebaik pertuduhan pilihan dibacakan terhadapnya di hadapan hakim Steve Ritikos.

Dia didakwa memberi suapan berkenaan sebagai balasan agar tidak mengambil tindakan terhadapnya yang disyaki menyeludup warga Indonesia yang merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 26J Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007.

Tertuduh melakukan kesalahan mengikut Seksyen 214 Kanun Keseksaan (Akta 574) dan boleh dihukum mengikut seksyen dan akta yang sama.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Log In

Forgot password?

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.