COVID-19 Sarawak: Tiga Rumah Panjang Di Sarawak Dikenakan PKPD

By Eekbal Yusof
Spread the love
+1

KUCHING: Tiga rumah panjang di Sarawak dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN).

JPBN dalam kenyataan hari ini memaklumkan Rumah Ukam di daerah Julau dikenakan PKPD dari 1 hingga 14 Mei, manakala Rumah Sibat (Betong) dari 4 hingga 17 Mei dan Rumah Robert (Sarikei) dari 5 hingga 11 Mei.

Selain itu tempoh PKPD di Rumah Mut (Julau) dilanjutkan bermula hari ini sehingga 9 Mei, Rumah Malong (Sarikei) pula dilanjutkan dari 4 hingga 10 Mei dan Rumah Nyawin (Bintangor) 4 hingga 17 Mei.

Sementara itu, hari ini Sarawak merekodkan 356 kes baru COVID-19, menjadikan jumlah keseluruhan 32,047 kes dan dua kematian baharu, sekali gus menjadikan jumlah kematian akibat jangkitan itu kini 184 orang.

Jelas JPBN, kematian ke-183 melibatkan seorang perempuan warga tempatan berumur 86 tahun yang telah dirujuk ke Hospital Bintulu kerana mengalami serangan strok.

“Kes dimasukkan ke wad isolasi berikutan hasil saringan ujian rT-PCR yang dikesan positif COVID-19 pada 14 April. Keadaan kes didapati merosot dan disahkan meninggal dunia pada 1 Mei, selain mempunyai ko-morbid penyakit darah tinggi dan strok.

“Kes kematian ke-184 pula melibatkan seorang perempuan warga tempatan berumur 57 tahun yang telah dirujuk ke Hospital Sibu kerana mengalami gejala demam, batuk, muntah dan cirit-birit selama beberapa hari dan disahkan positif COVID-19 pada 2 Mei,” menurut JPBN.

Menurut kenyataan itu, kes juga mempunyai ko-morbid penyakit darah tinggi, penyakit kencing manis, penyakit jantung dan mempunyai sejarah strok.

Dalam kenyataan yang sama, Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak telah mengisytiharkan dua kluster di daerah Meradong telah tamat iaitu Kluster Sungai Mupon dan Kluster Tanjung Genting selepas tiada kes baharu dikesan melibatkan kluster-kluster ini dalam tempoh 28 hari yang lepas.

— BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Log In

Forgot password?

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.