20 Lagi Barangan Dimasukkan Dalam SHMMP Hari Raya Puasa

By Eekbal Yusof
Spread the love
0

PUTRAJAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menambah 20 lagi barangan dalam pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Hari Raya Puasa 2021, menjadikan jumlah barangan harga terkawal sebanyak 32 barangan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata fasa kedua SHMMP Hari Raya Puasa 2021 itu melibatkan barangan daripada kategori sayuran, barangan kering dan hasil laut akan berkuat kuasa 6 Mei ini.

“Fasa kedua akan berkuat kuasa selama 15 hari bermula pada 6 Mei hingga 20 Mei 2021 iaitu tujuh hari sebelum perayaan, satu hari pada hari perayaan dan tujuh hari selepas hari perayaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

KPDNHEP sebelum ini mengumumkan 12 barangan daripada empat kategori iaitu ayam, telur ayam, daging dan hasil laut di bawah SHMMP Hari Raya Puasa 2021 untuk dilaksanakan selama 30 hari bermula 21 April hingga 20 Mei sebagai langkah menyekat kenaikan harga barangan keperluan semasa bulan Ramadan, serta menjelang perayaan Aidilfitri.

Barangan yang terlibat dalam fasa kedua skim adalah tomato; cili merah; kubis bulat import (Indonesia dan China tidak termasuk kubis Beijing); kacang panjang; sawi hijau; terung panjang; timun; halia tua; kelapa biji (borong sahaja); kelapa parut (runcit sahaja); bawang merah besar import (China); bawang besar (Holland); bawang putih (China); cili kering; ubi kentang import (China) dan kacang tanah.

Barangan harga terkawal turut melibatkan ikan segar beku kembung (berat antara 8 hingga 10 ekor sekilogram); ikan segar beku selar (berat antara 8 hingga 10 ekor sekilogram); ikan segar beku selayang (berat antara 12 hingga 14 ekor sekilogram) dan ikan demuduk atau sagai atau cermin atau cupak (berat antara tiga hingga lima ekor setiap kilogram) (Sabah sahaja).

Nanta berkata pelaksanaan SHMMP Hari Raya Puasa 2021 secara berfasa itu dibuat berdasarkan data dan bukti harga barangan di pasaran serta maklum balas pengguna.

“SHMMP Hari Raya Puasa 2021 ini dilaksana bertujuan untuk menstabilkan harga barang yang kritikal yang menjadi menu utama bagi sesuatu perayaan untuk membolehkan seramai mungkin rakyat merayakan setiap perayaan dalam suasana tenang, ceria dan harmonis,” katanya.

Nanta berkata mana-mana peniaga yang melakukan kesalahan boleh diambil tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 yang boleh dikenakan penalti.

Bagi kesalahan menjual barangan harga terkawal melebihi harga maksimum, individu boleh didenda oleh mahkamah sehingga RM100,000 atau dipenjarakan tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya atau dikompaun sehingga RM50,000 manakala syarikat pula boleh didenda sehingga RM500,000 atau dikompaun sehingga RM250,000.

Bagi kesalahan gagal meletakkan tanda harga berwarna merah jambu bagi barangan harga terkawal pula, individu boleh didenda oleh mahkamah sehingga RM10,000 atau dikompaun sehingga RM5,000 manakala syarikat boleh didenda sehingga RM20,000 atau dikompaun sehingga RM10,000.

— BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Log In

Forgot password?

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.