742 Menara Telekomunikasi Di Sarawak, Dijangka Siap 2022

Spread the love

KUCHING: Sebanyak 742 lokasi di kawasan pinggir bandar dan luar bandar Sarawak akan dibangunkan menara telekomunikasi baharu sebagai usaha menaik taraf liputan internet di bawah Pelan Jalinan Digital Negara Jendela.

Kesemua menara telekomunikasi baharu itu dijangka siap sepenuhnya pada suku keempat 2022 dengan penawaran perkhidmatan 4G.

Siaran akhbar Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia hari ini menyatakan sebanyak 106 menara mula dibangunkan bulan ini manakala baki pembinaan di 636 lokasi dijangka bermula pada suku ketiga tahun 2021.

Sebanyak 1,283 stesen pemancar juga telah siap dinaik taraf dengan perkhidmatan 4g pada tahun lepas.

Serta sejumlah 1,606 stesen pemancar lagi sedang dalam proses penaiktarafan bermula tahun ini.

SKMM turut membangunkan inisiatif penyediaan perkhidmatan jalur lebar melalui satelit dimana 523 lokasi di Sarawak telah dikenal pasti dan sedang di peringkat penilaian tender.

Bagi projek jalur lebar talian tetap pula, SKMM menyasarkan sejumlah 43,013 premis di Sarawak akan tersedia dengan akses kepada infrastruktur gentian optik.

Ini bagi membolehkan perkhidmatan jalur lebar talian tetap berkelajuan tinggi.


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Comment

  1. Di kawasan saya DUN N53 KAWASAN DUDONG,Jangan katakan menara telekomunikasi,line telefon & internet pun susah nak dapat..bila ada kecemasan ini amat menyukarkan untuk membuat panggilan keluar..jarak dari SIBUJAYA & FARLEY dari rumah kami kurang 15KM,selalu dah buat aduan tapi tidak ada penyelesaiannya,,harap ada penyelesai secepatnya dari pihak yang bertanggungjawab.sekian.

Leave a Reply

Your email address will not be published.