Vaksin Covid19: Gelandangan di Sarawak Tidak Dipinggir

Spread the love

KUCHING: Kementrian Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga Dan Pembangunan Kanak-Kanak akan terus memastikan golongan gelandangan tidak dipinggirkan sebagai penerima vaksin Covid-19.

Menterinya Datuk Seri Fatimah Abdullah berkata pihaknya sudahpun mempunyai data, lokasi serta maklumat mengenai gelandangan di sarawak menerusi operasi menyelamat yang dijalankan sebelum ini.

Tambahnya, golongan gelandangan merupakan antara yang berisiko tinggi kerana mereka kebiasannya tidak akan kekal di satu-satu tempat dan virus itu dikhuatiri merebak.

“Sebab siang hari, kadang-kadang sukar untuk mencari mereka, mereka berada di mana-mana.

“Dalam 83 operasi yang telah kita jalankan tahun lepas 2020, kita sudah dapat profil gelandangan, jika tidak silap 237, telah kita gunakan di dalam profil gelandangan, disitulah, maklumat yang kita peroleh itu membantu kita untuk mencari mereka, kida dapat daftarkan mereka,” dalam sesi wawancara di TVS semalam.

Tags: #bm

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.