PKPD 14 Hari Di Tiga Kawasan Di Pakan, Sarawak

Spread the love

KUCHING: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) selama 14 hari dikenakan di tiga kawasan di Pakan, dalam bahagian Sarikei, bagi mengawal penularan jangkitan COVID-19.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak dalam kenyataan hari ini memaklumkan kawasan yang terlibat ialah di Rh. Mathew, Lubok Pisang dan Rh. Dinggai, Sungai Amut Atas yang bermula sejak 22 April lepas dan dijadual berakhir 5 Mei.

“PKPD juga dilaksanakan di Rh. Giman, Batu 13 Jalan Engkamop di Pakan selama 14 hari bermula 23 April hingga 6 Mei,” menurut kenyataan itu.

Sementara itu, hari ini terdapat 595 kes baharu COVID-19 di Sarawak, selain tiga kematian direkodkan.

— BERNAMA


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.