Kedai Aksesori Kereta Curi Elektrik Guna Kaedah Baharu

Spread the love

SIBU: Semalam Sarawak Energy Bhd (SEB), melalui satu kenyataan akhbar, memaklumkan tentang sebuah kedai aksesori kereta setinggi tiga tingkat di Lorong Sawi di sini yang didapati mencuri tenaga elektrik.

Penemuan ini dibuat dalam satu operasi yang dijalankan bersama oleh SEB, Bahagian Penguatkuasaan dan Undang-undang Kementerian Utiliti Sarawak, dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Dalam operasi tersebut, susulan daripada maklumat yang disampaikan oleh orang ramai, pasukan teknikal mendapati tenaga elektrik dicuri menerusi kabel pemasangan langsung yang disembunyikan di bawah tanah untuk mengelak pengesanan.

Kabel tersebut disambung langsung dari tali elektrik atas, melangkaui meter elektrik, yang menghasilkan catatan rendah bagi penggunaan elektrik.

Bacaan muatan elektrik yang diambil di lokasi menunjukkan pengusaha kedai itu sepatutnya membayar RM16,000 sebulan dan bukannya hanya RM900 sahaja, iaitu kadar purata yang dinyatakan dalam bil bulanan.

Semua meter dan pendawaian yang dubahsuai telah dicabut dan disita untuk djadikan bukti.

Kabel pemansangan langsung disembunyi di dalam paip bawah tanah untuk mengelak pengesanan.

Laporan polis sudah dibuat, dan pengusaha perniagaan dan pemilik premis akan dipanggil untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 33(5) Ordinan Elektrik.

Mencuri tenaga elektrik merupakan satu kesalahan jenayah yang boleh dikenakan hukuman denda sebanyak RM100,000 atau penjara selama lima tahun, atau kedua-duanya sekali, jika disabit kesalahan.

Ini merupakan kes kecurian tenaga elektrik kedua yang membabitkan kabel pemasangan langsung bawah tanah pada bulan ini.

Kes pertama dikesan di Kuching apabila pemilik sebuah rumah dua tingkat di Tiya Vista, Kota Samarahan, didapati mencuri elektrik menggunakan kaedah yang sama.

Dalam usaha untuk membendung kecurian elektrik, pasukan pemeriksaan meter SEB dilatih dengan baik untuk mengesan pelagai kaedah mencuri elektrik.

Ini termasuk kabel pemasangan langsung yang disembunyikan di bawah tanah atau disambung langsung kepada tali atas.

SEB menyatakan mereka akan terus menjalankan kerja pemeriksaan meter secara aktif di seluruh Sarawak bersama Kementerin Utiliti Sarawak, PDRM dan pihak berkuasa lain yang relevan.

Tags: #bm

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.