PEMILIK RUMAH CURI ELEKTRIK GUNA KABEL BAWAH TANAH

PEMILIK RUMAH CURI ELEKTRIK GUNA KABEL BAWAH TANAH

By Freddy Bohari
Spread the love
0

Pendawaian Ubah Suai Timbul Risiko Kejutan Elektrik dan Kebakaran kepada Penghuni dan Juruteknik

This image has an empty alt attribute; its file name is Powertheft-02.jpg

KUCHING: Seorang pemilik sebuah rumah dua tingkat di Tiya Vista, Kota Samarahan, didapati mencuri elektrik dalam satu operasi yang dijalankan baru-baru ini oleh Sarawak Energy bersama Bahagian Penguatkuasaan dan Undang-undang Kementerian Utiliti Sarawak.

Pasukan teknikal mendapati kabel elektrik masih ada tenaga walaupun bekalan elektrik sudah dipotong.

Dengan berbekalkan waran pemeriksaan yang dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret Kota Samarahan, pasukan itu menjumpai kabel yang disambung langsung kepada bekalan masuk utama yang melangkaui meter elektrik, seterusnya menghasilkan bacaan elektrik rendah.

Kabel ini disembunyikan di belakang tiang pagar untuk mencegah pengesanan.

Bacaan muatan yang diambil di lokasi kejadian menunjukkan pemilik rumah terbabit sepatutnya membayar lebih RM500 sebulan, dan bukannya RM250.

Semua meter dan pendawaian yang diubahsuai telah dicabut dan disita sebagai bukti bagi kecurian tenaga.

Laporan polis telah dibuat dan pemilik rumah tersebut dipanggil untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 33 (5) Ordinan Elektrik. 

Mencuri elektrik merupakan satu kesalahan jenayah yang membawa denda sebanyak RM100,000 atau hukuman penjara selama lima tahun atau kedua-duanya sekali jika disabit kesalahan.

Pendawaian yang disambung dengan cara yang tidak dibenarkan ke premis berkenaan menimbulkan bahaya keselamatan kerana ia tidak diuji menurut syarat keselamatan dan piawaian SESCO.

Selain itu, kabel terbabit mungkin akan terus ada arus tenaga elektrik walaupun bekalan dipotong ketika kerja pendawaian dalaman dijalankan.

Pendawaian yang diubahsuai menimbulkan bahaya kejutan elektrik kepada penghuni serta mereka yang menjalankan kerja pendawaian dalam rumah selain menyebabkan kebakaran kepada premis dan gangguan bekalan yang boleh berlaku kepada penduduk rumah lain yang disambung kepada talian atas utama yang sama.

Pelanggan diingatkan untuk tidak percaya kepada mana-mana penyedia perkhidmatan yang mendakwa mereka dapat mengurangkan penggunaan elektrik atau membolehkan pemilik premis untuk menikmati penggunaan elektrik yang tiada had menerusi pengubahsuaian meter.

Sejak 2020, Sarawak Energy dan Kementerian Utiliti Sarawak sudah menyiasat lebih 2,500 kes kecurian tenaga yang melibatkan premis komersial dan perumahan di seluruh Sarawak.

Syarikat utiliti itu akan sentiasa menjalankan aktiviti pemeriksaan meter secara aktif di seluruh negeri dengan bantuan semua pihak berkuasa yang relevan, termasuk Kementerian Utiliti Sarawak dan Pasukan Polis.

Orang ramai boleh melaporkan aktiviti mencurigakan yang disyaki melibatkan kecurian tenaga dan penyedia perkhidmatan yang mendakwa dapat mengurangkan penggunaan elektrik dengan menghubungi pusat khidmat pelanggan Sarawak Energy di talian 1300-88-3111 atau emel kepada [email protected].

Semua maklumat akan dirahsiakan dengan ketat. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Log In

Forgot password?

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.