mukah

ELEKTRIFIKASI SEPENUHNYA DI MUKAH MENJELANG 2022

By Freddy Bohari
Spread the love
0

KUCHING: Kira-kira 340 isi rumah dari 21 buah kampung di Mukah, Balingian dan Tanjung Manis sudah menerima bekalan elektrik di bawah Fasa 1 Skim Ekektrifikasi Luar Bandar (RES) atau inisiatif ‘RES Last Miles’ dalam bahagian Mukah antara 2018 hingga 2020.

Pada 2021, kira-kira 470 isi rumah dari 13 buah rumah panjang di Dalat, Matu dan Daro dijangka akan disambung ke grid elektrik negeri di bawah Fasa 2 untuk memberikan mereka akses 24 jam kepada tenaga diperbaharui yang lestari.

Akhir sekali, 11 buah kampung dengan kira-kira 358 isi rumah di Ulu Dalat dan Matu akan disambung ke grid tersebut menjelang 2022 di bawah Fasa 3, untuk membawa liputan elektrifikasi 100 peratus dalam bahagian Mukah.

“Cabaran biasa kepada elektrifikasi luar bandar, termasuk lojistik disebabkan oleh kepencilan kawasan, isu-isu ‘wayleave’ (penyewaan tanah) dan penerimaan penduduk  kampung, telah diburukkan lagi oleh pandemik global COVID-19 dan sekatan yang dilaksanakan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan atau PKP,” kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sarawak Energy Group, Datu Haji Sharbini Suhaili. 

“Bagaimanapun, kami komited untuk menyiapkan projek elektrifikasi luar bandar ini dengan mematuhi sepenuhnya Prosedur Operasi Standard yang relevan serta langkah dalaman yang ketat untuk berjaga-jaga daripada COVID-19.”

Kerajaan Sarawak, menerusi Kementerian Utiliti Sarawak dan agensi pelaksananya,  Sarawak Energy, sedang mempercepatkan usaha untuk menyiapkan projek elektrifikasi luar bandar bagi memastikan bekalan elektrik yang berpatutan dan lestari dapat dinikmati seluruh warga Sarawak menjelang 2025.

Inisiatif ‘RES Last Miles’, di bawah Pelan Induk Elektrifikasi Luar Bandar Dipercepatkan, merupakan sebahagian daripada Projek Rakyat Kerajaan Sarawak dan memperluaskan talian grid ke dalam kawasan pedalaman dengan membina talian bekalan dan tiang penyaluran elektrik.

Skim Bekalan Tenaga Luar Bandar (RPSS) akan melengkapi RES dengan memperkenalkan transmisi baharu, talian penyaluran dan pencawang di lokasi luar bandar yang strategik untuk membolehkan RES diperluaskan ke kawasan lebih terpencil.

Selain RES dan RPSS, inisiatif elektrifikasi luar bandar di Sarawak juga termasuk mendirikan grid mikro tempatan dengan sistem hibrid bagi masyarakat lebih besar yang berada jauh dari grid utama, dan sistem janaan solar atau hidro mikro lebih kecil yang mandiri bagi kawasan paling terpencil menerusi Skim Elektrifikasi Luar Bandar Alternatif Sarawak (SARES).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Log In

Forgot password?

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.