Beduk Masih Berbunyi Di Masjid Kuching

Beduk Masih Berbunyi Di Masjid Kuching

By Zalinah
Spread the love
0

BUNYI beduk selalunya sinonim dengan tibanya waktu solat atau berbuka puasa tetapi bunyinya sudah seolah-olah ditenggelami zaman. Namun beduk berusia hampir dua abad di Masjid Terapung di sini masih berbunyi hingga ke hari ini terutamanya ketika menandakan waktu berbuka puasa.

Wartawan TVS Khairil Zharif Affindie baru-baru ini telah pergi ke dua buah masjid untuk melihat sendiri sama ada alat itu masih digunakan hari ini dan bertemu penduduk-penduduk dari beberapa kampung berhampiran untuk berkongsi pengalaman mereka mengenai beduk.

Wartawan TVS Khairil Zharif Affindie menemubual pemukul beduk Mohamad Abdul Razak

Merurut seorang pengunjung masjid dari Bintawa Tengah, Azwan Mohamad, beliau sebenarnya rindu mendengar bunyi beduk pada bulan Ramadhan dan akan mengingatkannya kepada zaman kanak-kanak.

Beduk dari tahun 1834 itu telah lama diletakkan di Masjid India dari 1886 sehinggalah ditempatkan di Masjid Terapung pada tahun 2019.

“Rindu juak dengar, dolok salu dengar masa gk biak biak nenga orang nukuk beduk, masjid lamak masjid tambi ya,” katanya.

Bagi penduduk Kampung Panglima Seman, Dayang Diana, setiap kali terdengar bunyi beduk semasa kecil, beliau cukup gembira kerana itu menandakan waktu berbuka sudah hampir.

Namun, tidak semua kampung di sini masih menggunakan beduk untuk menandakan waktu berbuka puasa.

Masjid Terapung Kuching

Bagi Kenanga Baid, sewaktu beliau masih kecil, pastinya akan menunggu bunyi beduk sebelum berbuka puasa namun kini bunyi beduk digantikan dengan bunyi azan bagi mendakan waktu berbuka puasa.

Bagi pemukul beduk Mohamad Abdul Razak, cara pukulan beduk dan jumlah pukulannya juga memberikan isyarat dan makna yang berlainan.

“Yang perbezaannya yang dibelakang ya bila kita nukuk belakang berapa rakaat kita dum macam subuh dum mok duak mun maghrib dum nya mesti tiga kali,”katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Log In

Forgot password?

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.