PKPD Di Kampung Serpan Laut, Asajaya Ditamatkan

By Eekbal Yusof
Spread the love
0

KUCHING: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) yang dilaksanakan di Kampung Serpan Laut di Asajaya, kira-kira 35 kilometer dari sini, sejak 8 April lepas ditamatkan hari ini.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak dalam satu kenyataan hari ini menyatakan penamatan PKPD itu dibuat, kerana tiada keputusan kes positif  baharu pada ujian saringan kedua COVID-19 dalam kalangan penduduk kampung, serta tiada bukti jangkitan masih menular di kawasan tersebut.

PKPD di kawasan itu sepatutnya dilaksanakan sehingga 21 April.

Sementara itu, hari ini Sarawak merekodkan 351 kes baharu COVID-19, menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 20,352 kes.

Daripada jumlah keseluruhan kes itu, seramai 16,452 orang atau 80.84 peratus telah pulih selepas 208 kes lagi yang dibenarkan didiscaj hari ini.

— BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Log In

Forgot password?

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.