andrey tvstarz

Penyanyi Indonesia Bersahaja Bawa Lagu Allahyarham Tan Sri P. Ramlee Dalam Konsert TVSTARZ

Spread the love
+1

Dilihat membawa lagu Allahyarham Tan Sri P. Ramlee secara bersahaja dengan peyampaiannya yang tersendiri, peserta TVSTARZ iaitu Andrey Arifianto, penyanyi Indonesia selesa berada di tempat kelima pada konsert minggu ketiga TVSTARZ semalam. Andrey Arifianto menjadikan Datuk Seri Siti Nurhaliza sebagai idolanya.

andrey tvstarz yang minat siti nurhaliza

Andrey menduduki tempat kelima dengan169 markah keseluruhan dari juri-juri tetap TVSTARZ- iaitu sebanyak 66 daripada Yudhi Seriestha, 50 markah dari Amir Jahari dan 73 markah daripada Ernie Zakri pada konsert TVSTARZ semalam.

Namun Andrey terkecuali dari komen juri profesional.

Peserta Malaysia dari The Dream Team, Jalee berjaya mematahkan jangkaan awal bahawa penyanyi Indonesia bakal mengalahkan peserta Malaysia apabila muncul juara konsert ketiga TVSTARZ. Beliau mendapat markah tertinggi iaitu sebanyak 235 markah; 80 markah dari Yudhi, 88 markah dari Amir dan 85 markah dari Dewi sekaligus menduduki tempat pertama menerusi lagu Getaran Jiwa. 


Ketiga-tiga juri nampaknya sangat berpuas hati dengan persembahan Jalee apabila dilihat rata-rata memberikan komen yang memberangsangkan terhadap persembahannya.

Konsert minggu ketiga semalam memperlihatkan peserta-peserta membawa lagu-lagu seniman agung tersebut lengkap berpakaian mengikut tema filem-filem lakonannya.


Apakah challenger dari negara jiran itu bakal mengalahkan peserta-peserta dari The Dream Team TVSTARZ? Sama-sama kita teruskan mengikuti perkembangan beliau melalui konsert konsert akan datang.Peserta yang tersingkir semalam ialah Shane yang telah mendapat markah keseluruhan tercorot iaitu sebanyak 183 markah dengan membawa lagu Bunyi Gitar.


Apa-apa pun, Andrey Arifianto dijangka bakal memberikan saingan sengit kepada perserta-peserta Malaysia memandangkan beliau memang berpengalaman memasuki pertandingan nyanyian di Indonesia dan mempunyai pengikut yang ramai.

Video ‘cover’ lagu penyanyi popular Malaysia Datuk Seri Siti Nurhaliza, oleh Andrey turut mendapat jutaan tontonan.


Apakah Andrey iaitu penyanyi Indonesia bakal mengalahkan atau dikalahkan peserta dari Malaysia ?


Andrey Arifianto, penyanyi Indonesia bakal keudara dalam konsert TVSTARZ. Sama-sama kita tonton secara langsung setiap Selasa jam 8.30 malam di TVS Saluran 122 Astro dan myFreeview. 

Ikuti SukaSukaMY di Facebook, Instagram dan YouTube.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Log In

Forgot password?

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.