Warga Emas Maut Dilanggar Ambulans

Spread the love

SRI AMAN: Seorang warga emas maut setelah dilanggar ambulans yang dalam perjalanan mengambil mangsa kemalangan jalanraya.

Dalam kejadian jam 8.45 malam semalam, mangsa yang berusia 69 tahun itu dikatakan dilanggar ambulans yang bergerak dari arah Sri Aman menuju ke Pekan Lachau

Mangsa dikatakan sedang berjalan kaki melintas jalan sebelum dilanggar ambulans tersebut.  

Menurut Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak Supt Alexson Naga Chabu,  mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala manakala pemandu berusia 42 tahun itu tidak mengalami sebarang kecederaan.

Pemandu tersebut berkhidmat sebagai pemandu ambulans Hospital Sri Aman.

Katanya, kes disiasat di bawah seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Tags: #bm

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.