Masih Degil, Melombong Emas di Gunung Tabai

Spread the love
+1

Insiden yang telah meragut nyawa pelombong emas di Gunung Tabai baru-baru ini seolah-olah belum cukup memberi pengajaran kepada sesetengah pihak apabila Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) telah menahan penceroboh di kawasan larangan tersebut.

Ekoran kejadian itu, SFC bakal mempertingkat kawalan di Gunung Tabai dengan kerjasama masyarakat tempatan.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif 1 SFC Oswald Braken Tisen berkata satu pendekatan SFC adalah dengan menambahkan kerjasama dengan orang tempatan.

“Ini supaya kita sama-sama jaga tempat ini dan juga ada peluang lain seperti pelancongan yang boleh diceburi oleh orang tempatan tanpa membahayakan nyawa untuk semata-mata mencari tanah emas.

“Selain itu SFC juga akan menggunakan tenaga kerja dari Gua Angin dan Gua Pari-pari untuk mengukuhkan lagi usaha mereka bersama komuniti dalam menjaga dan menikmati keindahan yang terdapat di taman negara berkenaan.

“Berdasarkan laporan yang diterima, ketiga-tiga suspek yang menceroboh kawasan Gunung Tabai untuk melombong emas itu dipercayai warga asing tanpa dokumen perjalanan yang sah,”katanya kepada TVS.

Bagaimanapun, menurutnya, dua daripada tiga suspek yang memasuki negara ini tanpa permit berjaya melarikan diri dari tempat kejadian manakala seorang suspek yang berjaya ditangkap membawa tiga guni beg tanah bersamanya.

Suspek telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Ends

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Log In

Forgot password?

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.