andrey tvstarz

PENYANYI INDONESIA BAKAL KALAHKAN PENYANYI MALAYSIA?

Spread the love
0

Peminat pertandingan nyanyian secara online yang disiarkan di TVS bakal menemui ‘challenger’ dari negara jiran, Indonesia, pada Selasa, 6 April 2021, jam 8.30 malam.

Berjayakah pencabar dari Indonesia ini merampas satu daripada 6 tempat yang dikhaskan untuk Dream Team, iaitu 6 penyanyi yang dipilih melalui saringan secara online.
Pencabar yang dimaksudkan ialah Andrey Arifianto.


Andrey, penyanyi Indonesia pernah memasuki pelbagai pertandingan nyanyian di Indonesia.

tvs bakal memaparkan andrey, penyanyi indonesia dalam TVSTARZ


Beliau yang berasal dari Atambua, Nusa Tenggara Timur, mempunyai pengikut yang ramai di media sosial.
Video ‘cover’ lagu penyanyi popular Malaysia Datuk Seri Siti Nurhaliza, oleh Andrey mendapat tontonan ramai.
Lagu Siti Nurhaliza, Purnama Merindu yang didendangkan oleh Andrey mendapat 2.5 juta tontonan, Nirmala 2.3 juta dan Wajah Kekasih ditonton 2.5 juta.

Baca lagi artikel menarik mengenai >>> Skeptical At First But Now Wowed by TVSTARZ


Adakan Andrey akan mengalahkan 6 peserta Dream Team TVSTARZ dan mungkin menjuarai pertandingan anjuran TVS, yang beroperasi di Kuching, Sarawak, Malaysia?
Sama-sama kita tonton secara langsung di Astro Saluran 122 dan MyFreeview Saluran 122.  


Rancangan ini juga boleh ditonton oleh peminat Andrey di Indonesia dan serata dunia di FB LIVE TVSTARZ , YouTube TVS dan Konsert TVSTARZ setiap Selasa jam 8.30 malam.

Ikuti TVS di Facebook, TwitterInstagram dan YouTube.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Log In

Forgot password?

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.