zamani dan francissa peter

Penyanyi Francissca Peter dan Zamani beri semangat buat peserta TVSTARZ

Spread the love
0

PESERTA-PESERTA The Dream Team TVSTARZ mula mencuri perhatian artis-artis tempatan yang juga penyanyi asal lagu-lagu era 80-an dan 90-an yang akan dipersembahkan pada konsert minggu kedua esok.

Peserta-peserta nampaknya akan membawakan lagu-lagu artis terkenal seperti 90an dan 80an seperti lagu-lagu nyanyian Ziana Zain, Jamal Abdillah, Zamani, Francesca Peter dan Flybaits.
Jazper yang akan membawa lagu Syair Si Pari-Pari nyanyian Zamani bertuah apabila mendapat pesanan khas daripada penyanyi tersebut melalui sebuah video. Zamani mengingatkan penonton TVSTARZ dan TV Sarawak supaya jangan lupa saksikan persembahan hebat daripada Jazper.

Penyanyiyang terkenal dengan suaragemersik Zamani

 Valerie turut mendapat perhatian daripada penyanyi asal lagu yang akan dibawanya esok iaitu Sekadar Di Pinggiran, Francesca Peter yang melahirkan rasa teruja untuk menyaksikan Valerie beraksi membawa lagu nyanyiannya.

Penyanyi evergreen Francesca Peter

Konsert minggu kedua TVSTARZ esok bakal menyaksikan debaran apabila penyingkiran bakal bermula. Kesemua enam peserta iatu Eyqa, Lydbie, Jazper, Jalee, Valerie dan Shane telah diberi tugasan lagu sejak minggu lepas di mana ada antara mereka yang menghadapi kesukaran membawakan lagu ketika sesi latihan.


Lydbie yang kelihatan sedikit beremosi dalam kelas guru vokal Dewi Seriestha ketika suaranya tidak sampai untuk membawakan lagu “Putus Terpaksa”nyanyian asal Ziana Zain diberi kata-kata semangat oleh Dewi menyuruhnya bertenang dan “just enjoy the moment”.


Peserta-peserta nampaknya akan membawakan lagu-lagu artis terkenal seperti 90an dan 80an seperti lagu-lagu nyanyian Ziana Zain, Jamal Abdillah, Zamani, Francesca Peter dan Flybaits.
Apakah si pengantin baru iaitu juri tetap Ernie Zakri akan lebih “pemurah” dengan penilaian dan pemberian markah? Ernie baru sahaja selamat menjadi isteri kepada pasangan duetnya iaitu penyanyi popular Syamel.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Log In

Forgot password?

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.