Tingkat Keupayaan Anggota PDRM Berdepan Ancaman Moden – Muhyiddin

Spread the love
0

KUALA LUMPUR-Polis Diraja Malaysia (PDRM) harus memperkasakan keupayaan anggota dalam menguasai perundangan negara selain melengkapkan aset, peralatan dan senjata canggih dalam usaha bergerak ke hadapan bagi mendepani cabaran dan ancaman moden yang semakin mencabar.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata PDRM perlu mempertingkat penyertaan anggota serta pegawai PDRM dalam latihan, kursus atau persidangan yang dianjurkan bukan hanya di dalam negara malahan di peringkat antarabangsa bagi memperoleh pendedahan dan perkongsian lebih global dan terkini.

“Kolaborasi dan kerjasama strategik di peringkat antarabangsa yang dijalinkan oleh PDRM selama ini mampu meletakkan pasukan keselamatan negara ini sebaris dengan pasukan keselamatan dari negara luar seperti Scotland Yard, Royal Military Police United Kingdom dan Hong Kong Police Force,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam amanatnya sempena sambutan Peringatan Hari Polis ke-214 di Dataran Kawad Pusat Latihan Polis (Pulapol) di sini hari ini. Turut hadir Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin, Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Affendi Buang dan Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador.

Perdana Menteri berkata bagi membina pasukan penguatkuasaan undang-undang yang kukuh dan utuh, penerapan nilai disiplin dan integriti juga perlu dititikberatkan dalam pembinaan sahsiah anggota PDRM.

— BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Log In

Forgot password?

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.