Seorang Disyaki Tertimbus, Dua Terperangkap Ketika Dipercayai Cari Emas Di Bau

Spread the love
0

KUCHING: Tiga lelaki dilaporkan terperangkap di dalam lubang dipercayai semasa melakukan kerja-kerja menggali dan mencari batu emas di Gunung Tabai, di Bau, lapor Utusan Borneo Online.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bau Tawang Linggem berkata pihaknya menerima maklumat seorang daripada mangsa tertimbus dan dua lagi masih terperangkap di dalam lubang tersebut pada jam 10.45 pagi hari ini.

Menurutnya, lubang yang dimaksudkan adalah lubang untuk menggali dan mencari batu emas dan kawasan tersebut merupakan tempat larangan.

“Setakat jam 11.20 pagi, anggota operasi ternampak tangan di dalam lubang tersebut dan operasi menyelamat masih dijalankan,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Sehingga berita ini ditulis, operasi menyelamat masih dijalankan oleh anggota Balai Bomba dan Penyelamat Bau diketuai Tawang bersama penduduk kampung.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Log In

Forgot password?

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.