Amaran Cuaca Waspada Dengan Hujan Lebat Di Johor, Sabah, Sarawak – MetMalaysia

Spread the love

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran cuaca waspada dengan hujan lebat dijangka berlaku di beberapa kawasan di Johor, Sarawak dan Sabah.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan kawasan yang terlibat di Johor ialah Mersing dan Kota Tinggi bermula esok sehingga Khamis ini.

Sementara itu, di Sarawak pula melibatkan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah dan Kapit serta Tawau (Sabah) hari ini.

— BERNAMA

Tags: #bm

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.