Pendaftaran vaksin Covid-19 kini dibuka kepada penduduk Sarawak

Spread the love
0

KUCHING – Penduduk Sarawak kini boleh mendaftar bagi mendapatkan vaksin percuma Covid-19, kata Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Beliau berkata, pendaftaran boleh dibuat di semua hospital, klinik kesihatan dan pejabat daerah berhampiran seluruh Sarawak serta secara atas talian menerusi aplikasi MySejahtera.

“Penduduk Sarawak hendaklah menggunakan saluran yang betul untuk mendaftar dan tidak mendekati individu yang mendakwa bahawa mereka boleh membantu atau menghantar borang pendaftaran.

“Jangan berikan kad pengenalan anda kepada mereka kerana dikhuatiri mungkin disalah guna,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Uggah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak berharap, semua rakyat Sarawak menyokong program vaksinasi Covid-19 dengan melakukan pendaftaran segera.

Katanya, Program Imunisasi Covid-19 Sarawak akan bermula 27 Februari ini dan
dilakukan dalam tiga fasa. //

Tambahnya, program vaksinasi itu penting dalam usaha melindungi diri selain menghentikan atau mengawal penularan jangkitan virus tersebut.

“Saya juga berharap orang ramai tidak akan terpengaruh dengan apa yang mereka dengar atau lihat dalam media sosial berhubung dakwaan bahaya vaksin sehingga menolaknya secara peribadi,” katanya.

KUMPULAN pertama vaksin Covid-19 keluaran Pfizer-BioNTech tiba dari Belgium di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Ahad.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Log In

Forgot password?

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.