NKF Sarawak Perlukan Banyak Mesin Hemodialisis

Spread the love

KUCHING: Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Dr Sim Kui Hian berkata, Sarawak masih memerlukan lebih banyak mesin hemodialisis bagi kegunaan pesakit buah pinggang.

Katanya, sebanyak 3,544 pesakit buah pinggang di negeri Sarawak yang menjalani rawatan di pusat hemodialisis Kementerian Kesihatan (KKM) menggunakan 252 mesin manakala 862 pesakit di pusat hemodialisis swasta dan 1,081 lagi di pusat hemodialisis kendalian badan bukan kerajaan.

“Pesakit buah pinggang yang menjalani hemodialisis perlu ke pusat dialisis tiga kali seminggu, empat jam setiap sesi dan ia membebankan bagi mereka yang tidak berkemampuan,” katanya pada majlis penyerahan sumbangan mesin hemodiliasis bernilai RM40,000 daripada OCBC Bank (Malaysia) Berhad kepada Pusat Dialisis Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan (NFK) pada Sabtu.

Mengulas lebih lanjut, untuk pembayaran di pusat hemodialisis pesakit membayar RM90 hingga RM150 setiap rawatan manakala di pusat rawatan swasta pula sebanyak RM200 hingga RM300 setiap sesi.

Dalam pada itu, beliau turut menyeru kepada badan korporat, organisasi dan orang awam untuk mencontohi usaha pihak Bank OCBC dalam memastikan lebih banyak mesin berkenaan bagi rawatan mereka.

Tags: #bm

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.