Sime Darby Raih Keuntungan Pada Suku Ke-3 2020

Spread the love

KUALA LUMPUR: Sime Darby Plantation Bhd kembali meraih keuntungan pada suku ketiga selepas mencatatkan keuntungan bersih RM190 Juta berbanding kerugian bersih RM243 Juta pada suku ketiga 2019.

Hasil melonjak kepada RM3.18 Billion daripada RM2.82 bilion sebelumnya, didorong oleh harga minyak sawit (MSM) dan isirong sawit yang tinggi, katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

Dalam satu kenyataan berasingan, Pengarah Urusan Kumpulan Mohamad Helmy Othman Basha berkata, walaupun kumpulan berhadapan dengan cabaran ekoran pandemik yang melanda pasaran global, harga MSM terus disokong pada separuh kedua tahun ini sementara permintaan minyak sawit dan dijangka terus berkembang pada 2021.

Katanya, sebagai sektor yang menyediakan produk penting kepada dunia, industri ini telah menunjukkan daya ketahanan di tengah ketidakpastian global.

“Sebagai langkah untuk mengatasi kekurangan tenaga kerja pada masa ini, kami juga berharap kerajaan akan meneruskan usaha mengurangkan sekatan ke atas tenaga kerja asing sementara kumpulan ini akan terus meningkatkan usaha mekanisasi dan digitalisasi bagi menambah produktiviti dan mengurangkan kebergantungan kepada tenaga buruh dalam tempoh sederhana hingga panjang,” kata beliau.

Bergerak ke hadapan, Mohamad Helmy berkata prestasi kewangan kumpulan untuk tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2020 dijangka lebih baik daripada tahun lepas.

— BERNAMA

Tags: #bm

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.