BELANJAWAN 2021 Lulus Di Peringkat Dasar

Spread the love

KUALA LUMPUR: RANG Undang-Undang pERBEKALAN 2021 (BELANJAWAN 2021) diluluskan di peringkat dasar pada persidangan Dewan Rakyat.

BELANJAWAN yang pertama dibenatang di bawah kerajaan pimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyddin Yassin diluluskan dengan lebih suara bersetuju.

Belanjawan 2021 dibentang Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz pada 6 November lepas dan seramai 82 Ahli Parlimen mengambil bagaian dalam perbahasan yang berlangsung dari 9 November hingga 19 November.

Menteri-menteri berkenaan mula menggulung pada 23 Nov sebelum Tengku Zafrul menggulung bagi pihak Kementerian Kewangan hari ini diikuti dengan pengundian untuk meluluskan Belanjawan itu.
Mengikut Takwim Dewan Rakyat, ia kini akan dibahas di peringkat jawatankuasa selama 10 hari sebelum undi belah bahagian sekali lagi diadakan.
— BERNAMA

Tags: #bm

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.