Kampung Bintawa Batu Mampu Lahirkan Lebih Ramai ‘Raja Libas’

Spread the love

KUCHING: Terus menyokong kegemilangan sukan sepak takraw seperti tahun 70an dan 80an, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.4 Pantai Damai, Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi percaya, Kampung Bintawa Batu mampu melahirkan lebih ramai “Raja Libas”.

Katanya, Kampung Bintawa Batu mampu terus menjadi lubuk melahirkan pemain berbakat selepas siapnya gelanggang sepak takraw yang bernilai RM120,000.

Beliau yang juga Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam dan DBKU) berkata, projek yang dilaksanakan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) itu dilengkapi dengan kemudahan gelanggang, bumbung dan lampu limpah.

“Kampung ini pernah melahirkan ramai pemain berkaliber sehingga mewakili Sarawak.

“Kita berharap dengan adanya gelanggang baharu ini, lebih ramai pemain muda berbakat dapat dilahirkan di kampung ini,” katanya

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis penyerahan projek transformasi luar bandar (RTP) di Kampung Bintawa Baru hari ini.

Abdul Rahman menjelaskan , beliau akan terus menyokong untuk menggembalikan kegemilangan sepak takraw di Sarawak seperti tahun 70an dan 80an.

Dalam pada itu katanya, projek RTP dibangunkan secara berterusan dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Damai.

Tags: #bm

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.