Polis Sarawak Bersedia Hadapi PRN Dalam Kekangan Sumber – Aidi Ismail

Spread the love

KUCHING: Polis Sarawak telah melakukan segala persiapan untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) berdasarkan kekangan sumber termasuk tenaga kerja, berikutan penularan COVID-19, kata Pesuruhjaya Polis negeri Datuk Aidi Ismail.

“Setakat ini, saya difahamkan kontinjen polis Sarawak tidak akan dapat bantuan dari luar oleh kerana masalah COVID-19 ini. Bagaimanapun dengan kekuatan yang ada sekarang ini, saya yakin kita mampu untuk mengawal keselamatan di negeri ini dengan sempurna jika PRN Sarawak diadakan dalam masa terdekat ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyaksikan serah terima tugas di antara Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak yang baharu Datuk Fisol Salleh dan pemangku Timbalan Pesuruhjaya SAC Mohd Hairuddin Che Hamid, di sini hari ini.

Aidi berkata pihaknya juga telah membuat pesanan alat perlindungan diri (PPE) bagi menampung keperluan anggota yang akan berada di barisan hadapan semasa PRN itu kelak.

Sementara itu, beliau berkata penjawat awam dari Semenanjung yang bekerja di Sarawak, khususnya guru yang kini bercuti panjang disebabkan penutupan sekolah, mereka boleh memohon permit untuk rentas negeri sekiranya ingin pulang ke kampung halaman.

“Pihak polis akan mengeluarkan permit kebenaran rentas negeri, cumanya bagi mereka dari zon merah perlu mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan seperti melakukan ujian calitan bagi memastikan bebas daripada COVID-19 sebelum melakukan perjalanan,” katanya.

— BERNAMA

Tags: #bm

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.