COVID-19: Satu Kluster Baharu Dikesan Di Sabah – KP Kesihatan

Spread the love

KUALA LUMPUR: Satu kluster baharu COVID-19 iaitu Kluster Matambai dikesan di dua daerah di Kota Kinabalu dan Penampang, Sabah, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata Kluster Matambai yang dikesan membabitkan kes indeks (ke-22,962) hasil saringan individu bergejala pada 22 Okt lepas dan telah dimasukkan ke Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah, Matambai di Penampang.

“Saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak 23 lagi kes positif. Kesemua kes dimasukkan ke Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah di Penjara Wanita Kepayan serta Hospital Queen Elizabeth.

“Sehingga 16 Nov 2020 12 tengah hari, sejumlah 333 individu telah disaring, 306 individu dikesan negatif manakala tiga individu lagi masih menunggu keputusan,” katanya dalam sidang media mengenai perkembangan COVID-19.

Dr Noor Hisham turut memaklumkan Kluster Jeram melibatkan daerah Kubang Pasu di Kedah diisytiharkan tamat semalam.

— BERNAMA

Tags: #bm

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.