Malaysia Letak Harapan Tinggi Terhadap Pengeluar Vaksin

Spread the love

KUALA LUMPUR: Berdasarkan laporan terkini, terdapat 10 calon syarikat terkemuka pengeluar vaksin telahpun melepasi ujian klinikal fasa ketiga dalam membangunkan vaksin COVID-19.

Menurut Menteri Kesihatan Datuk Ser Dr Adham Baba, Malaysia meletakkan harapan tinggi terhadap pengeluar-pengeluar vaksin untuk memperoleh vaksin COVID-19 yang dijangka boleh digunakan pada suku pertama tahun hadapan.

Namun katanya, perolehan vaksin COVID-19 di negara ini bergantung kepada penelitian terperinci terhadap kualiti, keselamatan, implikasi dan pendaftaran bagi vaksin yang dikeluarkan.

Mengulas mengenai peningkatan kes baharu positif COVID-19 di Lembah Klang, beliau berkata peningkatan kes itu adalah berkaitan dengan kluster tempat kerja dan tapak pembinaan dengan tahap kebolehjangkitan di kawasan tersebut adalah tinggi disebabkan kurang pematuhan terhadap prosedur operasi standard (SOP).

Kredit Gambar: BERITA HARIAN
Tags: #bm

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.