Dua Projek Rakyat Masih Giat Dijalankan

Spread the love

KUCHING: Dua projek rakyat di bawah Lembaga Air Kuching kini sedang giat berlangsung manakala tiga projek penyambungan ke grid air kini di fasa merancang reka bentuk dan satu projek di fasa penilaian

Pengurus Besar Lembaga Air Kuching (KWB) Rodziah Mohamed berkata, selain Projek Rakyat, KWB juga terus meningkatkan kerja-kerja berkaitan grid air bagi memastikan bekalan air di Kuching serta Samarahan mencukupi dan tidak mengalami gangguan.

“Tumpuan kami pada waktu ini ialah kepada kerja berkaitan grid bagi memastikan kita mempunyai bekalan mencukupi untuk kawasan Kuching dan Samarahan.

“Kebanyakan projek kami khususnya projek rakyat ada dua yang sedang berlangsung, empat lagi meliputi 3 projek penyambungan sedang direka bentuk dan satu lagi projek sedang dinilai.” Katanya kepada pemberita selepas mengadakan kunjungan hormat bersama Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, pada Isnin.

Katanya lagi, ketika menjawab soalan media mengenai pelaksanaan bil diskaun Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS), tiada peningkatan dalam penggunaan air domestik walaupun tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP)

Tags: #bm

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.