Al-Sultan Abdullah Dan Permaisuri Agong Ucapkan Selamat Menyambut Deepavali

Spread the love

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hari ini mengucapkan Selamat Menyambut Deepavali kepada semua masyarakat beragama Hindu di seluruh negara.

Kedua-dua Seri Paduka Baginda menyampaikan ucapan tersebut menerusi satu hantaran di akaun Facebook Istana Negara, hari ini.

“Semoga festival cahaya akan menerangi kehidupan anda dengan keamanan, kemakmuran, kesihatan dan kegembiraan,” menurut hantaran tersebut.

— BERNAMA

Tags: #bm

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.