Pertumbuhan Infrastruktur Di Sarawak Perlahan Namun Stabil – James Masing

Spread the love

KUCHING: Timbalan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Dr James Jemut Masing menyifatkan kemajuan pembangunan infrastruktur di negeri ini berjalan perlahan tetapi stabil.

Beliau berkata aksesibiliti adalah satu daripada teras penting untuk sebarang pembangunan kerana ia berfungsi sebagai tulang belakang bagi pembangunan ekonomi seperti pelancongan, yang menyediakan akses untuk penanaman dan membolehkan produk sampai kepada pengguna.

“Walaupun Sarawak sedang membangunkan ekonomi digitalnya, infrastruktur akan terus kekal sebagai bahagian penting yang menyokong pergerakan fizikal manusia dan barangan dalam menunjangi ekonomi digital,” katanya dalam ucapan penggulungan pada hari terakhir persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.

Masing yang juga Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan negeri berkata infrastruktur jalan sangat penting dalam mana-mana pelan pembangunan negara kerana kesalinghubungan akan menjadi pemangkin kepada kegiatan ekonomi.

“Untuk menjadi negeri maju menjelang 2030, jaringan infrastruktur perlu dibina antara bandar dan kampung, yang kemudiannya akan membolehkan pembangunan pelbagai industri.

— BERNAMA

Tags: #bm

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.