Skim Bantuan Sewa Akan Diperkenal Tahun Hadapan

Spread the love

KUCHING: Sebanyak RM200 sebulan akan beri manfaat kepada 20,000 buah isi rumah dari golongan berpendapatan rendah yang tinggal di bandar akan diperkenal pada tahun depan.

Perkara ini diumumkan oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Dr Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg pada sesi pembentangan Rang Undang-Undang Pembekalan Bacaan Kali Pertama (Belanjawan Tahun 2021) dalam Persidangan Mesyuarat Kedua Bagi Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Ke 18 pada Isnin.

“Di bawah skim ini, pemohon yang layak dari kumpulan berpendapatan rendah akan menerima bantuan sewa sebanyak RM200 sebulan untuk tempoh maksimum 36 bulan atau 3 tahun.”

“Untuk itu, sejumlah RM48 juta akan diperuntukkan di bawah Belanjawan ini yang akan memberi manfaat kepada 20,000 isi rumah yang layak.” Katanya lagi.

Tambahnya lagi, Kerajaan Sarawak juga akan memperuntukkan sebanyak RM390 juta pada tahun 2021 untuk pelaksanaan projek pembangunan bandar iaitu Pembangunan Semula Darul Hana,Sungai Bedaun, Kampung Tabuan Melayu serta kerja-kerja infrastruktur di Kemuyang Sibu, Kampung Jepak, Bintulu, Kampung Baru, Samarahan, Kampung Segedup /Maong,Kuching dan Kampung Spaoh, Betong.

Tags: #bm

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.