Tidak Perlu Tergesa Adakan PRN Sarawak

Spread the love

KOTA SAMARAHAN: Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg hari ini berkata, beliau tidak perlu tergesa-gesa untuk mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) pada masa ini terutamanya pada ketika berlakunya peningkatan jumlah jangkitan COVID-19.

Beliau berkata, walaupun PRN Sarawak boleh diadakan pada bila-bila masa sekarang ini, namun kesihatan rakyat perlu dipertimbangkan sebelum beliau membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Kami sedang memantau situasi. Kenapa perlu kami tergesa-gesa (adakan pilihan raya), kerana (kesihatan) rakyat adalah lebih penting,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis makan tengah hari bersama pemimpin komuniti Samarahan di sini hari ini.

Abang Johari berkata, beliau akan mendapatkan nasihat pakar daripada Kementerian Kesihatan, selain memastikan Suruhanjaya Pilihan Raya telah bersedia sepenuhnya untuk melaksanakan prosedur di bawah norma baru bagi mengadakan pilihan raya.

“Mereka (pakar kesihatan) sedang memantau keadaan dan mereka akan berikan saya nasihat (membantu dalam membuat keputusan pilihan raya),” katanya yang enggan menjelaskan bentuk nasihat yang telah diberikan kepadanya oleh pakar tersebut.

Tags: #bm

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.