Perunding Kecantikan Parkson 1 Utama Disahkan Positif COVID-19

Spread the love

SEORANG perunding kecantikan di Elite Parkson, Pusat Membeli Belah 1 Utama, Petaling jaya disahkan positif COVID-19 selepas keputusan saringan pada Rabu.

Memetik laporan di laman Facebook milik Parkson Malaysia, perunding kecantikan berkenaan bertugas di bahagian kosmetik dan wangian di tingkat G premis membeli belah itu.

Bagaimanapun premis berkenaan akan ditutup sementara bagi proses mitigasi risiko jangkitan, proses sanitasi, dan akan dibuka semula esok (Jumaat) dengan kesemua kakitangan baharu.

Semua kakitangan juga difahamkan akan menjalani ujian saringan serta dinasihatkan kuarantin kendiri selama 14 hari.

Untuk makluman, pengesanan kontak rapat masih dijalankan ketika ini.

https://www.facebook.com/1Utama/posts/10157354096026689

Tags: #bm

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.