Anwar Ibrahim Diperkenan Menghadap Yang Dipertuan Agong Minggu Hadapan

Spread the love

PENGERUSI Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa beliau akan menghadap Yang Di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah 13 Oktober ini.

Menerusi satu kenyataan, Anwar berkata pada majlis berkenaan beliau akan mempersembahkan keterangan lengkap mengenai jumlah majoriti Ahli Parlimen yang kukuh seperti mana yang disebutkan sebelum ini.

“Sehubungan itu, saya ingin menjunjung kasih kerana Kebawah Duli Tuanku telah memperkenankan untuk saya menghadap pada hari Selasa, 13 oktober 2020, In Shaa Allah.

“Pada Majlis menghadap tersebut saya akan mempersembahkan keterangan lengkap mengenai jumlah majoriti Ahli Parlimen yang kukuh dan meyakinkan seperti mana yang saya sebut sebelum ini.

“Saya amat berharap rakyat Malaysia untuk terus berterang dan mendoakan dari rumah atau tempat pekerjaan masing-masing, serta menghormati Peraturan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Sebelum ini, Anwar pernah mendedahkan bahawa beliau mempunyai majoriti kukuh untuk membentuk kerajaan baharu.

Tags: #bm

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.